Tuesday, September 29, 2009

Asakelate 1st Anniversary



Alhamdulillah.. Asakelate telah genap setahun penubuhannya oleh saudara Alisabki pada 23 September 2009 dan bersamaan dengan 4 Syawal 1430H.. Bertempat di Damai Melawi Beach, Bachok warga Asakelate dari segenap pelusuk telah berhimpun untuk sama-sama meraikannya.. Acara sukaneka dan bbq turut diadakan sepanjang program ini berlangsung.. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah terlibat..
























Berbuka Puasa Macho Man & Sweet Girl Asakelate KL/Selangor

Bertempat di Restoren Nelayan, warga Asakelate KL/Selangor telah mengadakan sesi berbuka puasa pada hari sabtu, 5hb September 2009.. Terima kasih kepada semua peserta yang telah terlibat dalam majlis ini..























Tuesday, May 26, 2009

Pendaftaran Asakelate

Bertempat di Syed Bistro, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, satu perjumpaan bagi ahli-ahli Asakelate.net yang bermastautin di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah di adakan pada hari Ahad, 24 Mei 2009. Seramai lebih kurang 20 orang ahli telah menghadiri perjumpaan ini. Berikut adalah gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan sepanjang hari berkenaan. Aktiviti bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 6 petang.