Tuesday, March 3, 2009

Berbicara tentang persahabatan


Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~agar kalian mengerti betapa indahnya persahatan ini~

Papa Zeek...March 03' 2009


Tuesday, February 24, 2009

Kehadiran Cahaya mata Yang Pertama


Tahniah kami ucapkan kepada Papa Zeek atas kehadiran cahaya mata pertama Haziq Hakimi bin Mohd Zikril Alimi yang telah selamat dilahirkan pada hari jumaat 20hb February 2009 pada pukul 8.55 mlm.

Program Amal Bersama Anak Yatim

Assalamualaikum dan salam sejahtera ko warga asakelate..

Pada 28 Mac 2009
Pukul 8.00 Pagi hingga 1.30 Tgh Hari

sep sep asakelate KL akan membuat satu Program Amal bertempat di Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Tengku Ampuan Rahimah (RECTAR) di Subang Permai,Subang Jaya....Program hok nie merupakan program amal hok sulung sep asakelate kl buat dan diuruskan sepenuhnya oleh sep-sep asakelate kl...Dalam program nie kito mengalukan-alukan jiko ado sumbange dr warga asakelate x kirolah berbentuk barangan (baju hok x paka,hamper ko,makane ko) hok mano serow pade nok bui ko sep sep anok yatim...kepada hok nok hulur berbentuk wang ringgit koho come.....

Duit tu bulehlah di bank in kan ke seperti berikut:

Acc MAYBANK : 16 255 302 9283
(SAIFUL AZLAN MUHAMAD)013-6011082 @ 017-6256264Acc

CIMB : 12 090 018 973 529
(NOR HASLIZA BT MUHAMAD)012-2526053


Untuk renungan kita bersama :

Sekiranya kita menyapu / mengusap kepala anak yatim, fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

Sunday, February 15, 2009

Gath Di USJ,Subang





Gath nie telah diadakan di rumoh Sepuu,pado hari Ahad, 8/2/09. Tujuannya, membincangkan serbo sedikit pasal Asakelate.net di samping make-make sikit. Nasi Kerabu dop lepas punya.


Terimo kasih tidak terhingga kepado hok mari.

Gath Shah Alam


Pado 18/1/09, satu gathering telah diadokan di Shah Alam. Bertempat di Plaza Alam Sentral, bertujuan membincangkan masalah-masalah berbangkit dalam Asakelate.net. Antara hok mari tiko tue, Kak Nurul dan nana.

Selepas selesai bice serbo sedikit, dop soh kalu dop mmetom bolim. Main bolim pulok selepas nukak.